Membawang Hari Ini

Fathia Lebih Berminat Jadi Penyanyi

KUALA LUMPUR:Pelakon, Fathia Latiff, mengakui beliau lebih berminat untuk menjadi penyanyi berbanding pelakon walaupun dunia lakonan yang menjulang namanya di dunia seni tanahair..

Menurut pelakon Ariana Rose ini, sehingga kini belum ada platform dan medium yang betul untuk beliau mengetengahkan bakat nyanyian dalam diri.

Fathia sendiri sebelum ini pernah menunjukkan kebolehannya di arena seni suara apabila berpeluang merakamkan lagu tema drama Dia Isteri Luar Biasa berjudul Tak pernah.

Dua hari lalu, artis bertudung ini turut berkongsi video dirinya mengalunkan lagu Di Pintu Syurga di Instagram. Video terbabit sehingga kini sudah pun ditonton hampir 100,000 kali oleh peminat, malah ramai yang memuji kelunakan suaranya.

“Kalau ditanya, memang minat saya lebih kepada nyanyian berbanding lakonan. Namun, saya tidak mempunyai platform dan medium yang betul untuk mengetengahkan bakat yang ada.

“Saya juga tiada pengalaman mahupun ilmu selok-belok dunia nyanyian. Setakat ini, saya cuma menyanyi pada acara tertentu dengan menyampaikan lagu orang lain, selain di pusat karaoke.

“Kalau boleh, saya mahu bertemu dengan pihak yang betul-betul boleh ‘menjual’ suara saya,” katanya, lapor BH Online.

Ditanya apakah beliau tidak pernah didekati mana-mana penerbit mahupun komposer yang berminat untuk mengetengahkan bakat nyanyiannya, wanita ini berkata, memang ada yang berbuat demikian, namun lagu dihulurkan tidak kena dengan jiwanya.

“Datuk M Nasir sendiri pernah ‘approach’ saya, begitu juga beberapa penerbit lain. Bagaimanapun, lagu yang ditawarkan tidak sesuai dengan suara saya.

“Jika boleh, saya mahukan lagu yang memang kena dengan jiwa saya, seperti irama tradisional. Insya-Allah, siapa tahu pada tahun ini saya akan menceburi dunia nyanyian dengan lebih serius?” katanya yang akan muncul dengan drama Menanti Februari siaran TV3 pada Mac depan.

Dalam pada itu, Fathia tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan syarikat yang menerbitkan lagu Tak Pernah.

“Walaupun tiada dalam kontrak dan perjanjian berhubung bayaran untuk saya, tetapi sekurang-kurangnya biarlah ada ihsan. Lagu itu pun pernah menduduki tempat pertama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");