Membawang Hari Ini

Fazura Belum Sedia Kahwin

KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fazura memberitahu dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupun usianya sudah mencecah 34 tahun.

Pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, perkara itu tidak menjadi keutamaannya kerana masih banyak perkara belum dicapai dalam kariernya.

“Kalau soal kahwin jujurnya saya masih belum bersedia ke arah itu kerana selain sibuk dengan pelbagai tugas saya juga ingin mencapai dahulu cita-cita saya.

“Banyak sebenarnya yang belum saya dapat dalam karier dan fokus saya kini memang kepada kerjaya sahaja,” katanya memetik sumber mStar Online.

Fazura ditemui pada majlis pengumumannya sebagai artis eksklusif syarikat rakaman Universal Music Malaysia di Hotel Le Meridien di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Fazura menjelaskan dia tidak mempunyai teman istimewa dan selesa dengan kehidupan solo memandangkan terlalu sibuk dengan kerja.

“Saya memang tiada teman lelaki dan tidak ada pula yang cuba mendekati tetapi saya okay sahaja kerana saya sendiri pun kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri.

“Selalunya selepas habis kerja atau penggambaran saya terus balik ke rumah untuk berehat dan hendak jumpa kawan-kawan pun tidak sempat,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang keputusannya menyertai syarikat rakaman Universal Music Malaysia bagi menguruskan karier seninya, Fazura berkata, ia adalah satu keputusan besar yang dibuat.

Bagaimanapun dia yakin kerjasama dengan label terkenal itu dapat membawa kariernya ke tahap lebih tinggi bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi lakonan.

Fazura mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Universal Music Malaysia yang akan menguruskan karier seninya.

“Saya sebenarnya berfikir agak lama juga sebelum memberi keputusan tetapi peluang ini bukan semua artis dapat dan yakin banyak yang boleh saya capai menerusi kolaborasi ini.

“Matlamat Universal dan objektif saya dalam bidang ini sama dan saya yakin kami dapat bekerjasama dengan baik,” katanya yang mengikat kontrak selama tiga tahun bersama syarikat berkenaan.

Sebagai permulaan, Fazura berkata, dia telah pun tampil dengan sebuah single duet bersama juara program The Voice Filipina iaitu Jason Dy menerusi lagu Nothing Like Pag Ibig.

Fazura berkata, dia berharap dengan kemunculan lagu itu nanti dapat membuka peluang lebih besar untuknya melebarkan sayap di peringkat antarabangsa.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");