Sukan Hari Ini

Fokus Kemenangan

Georgetown:Pengurus Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menasihati para pemain supaya usah mempeduli cakap-cakap luar sebaliknya harus fokus untuk memburu kemenangan sulung yang jauh lebih penting.

Memetik sumber Harian Metro, selepas tumpas di tangan Selangor dan Perak dalam dua perlawanan awal memperlihatkan taraf dan prestasi pemain skuad Harimau Kumbang masih belum mencapai kualiti diharapkan.

Malah jelasnya kegagalan mencari tiga mata penuh memaksa tekanan demi tekanan terus diberikan buat pemain Pulau Pinang apabila diuji sekali lagi dalam perlawanan ketiga menentang T-Team di tempat lawan, Sabtu ini.

Misi tiga mata terus ditagih biarpun nampak aura positif mutu permainan yang sudah mula menunjukkan sedikit peningkatan prestasi yang boleh dibanggakan.

Bagi Zairil sendiri, beliau turut mengakui tewas dua kali sememangnya agak sukar diterima tetapi peningkatan corak permainan agak menakjubkan.

Tambahnya Pulau Pinang tidak seharusnya kalah pada perlawanan menentang Perak.

“Masalah utama adalah kelemahan dari segi menjaringkan gol kerana peluang sentiasa ada biarpun ketiadaan pemain import Nigel Dabinyaba (kiri) tampak taring berbisa masih belum dicapai.

“Saya yakin dan percaya dengan kemampuan pemain dan mereka mampu melakukannya selain berharap kemenangan akan dicapai ketika bertemu T-Team dan perlawanan seterusnya,” katanya semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");