Sukan Hari Ini

Gabriel Jesus seperti ‘tembikai’

LONDON: Pep Guardiola menyifatkan pemain baharu, Gabriel Jesus seumpama ‘tembikai’ selepas penyerang muda itu membantu Manchester City membenam West Ham, 4-0, pagi tadi.

Jesus, 19, muncul selaku pemain pertama City yang meledak dan membantu jaringan gol pada kemunculan penuh pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London.

City menguasai West Ham sejak awal hingga tamat perlawanan bagi melengkapkan jadual perlawanan minggu ini yang menyaksikan enam seteru mereka sekadar meraih keputusan hambar (seri dan kalah).

Guardiola jelas kagum dengan prestasi Jesus yang meledak gol ketiga kelab pada malam itu bagi menambah jaringan dilakukan Kevin De Bruyne, David Silva dan Yaya Toure.

Sebelum ini, terdapat kebimbangan mengenai tempoh masa bagi pemain Brazil itu menyesuaikan diri bersama pasukan namun dia membuktikan sebaliknya.

Pep Guardiola “Kamu tidak akan tahu,” kata Guardiola.

“Ia seperti tembikai. Kamu perlu membelahnya dan melihat isinya. “Dia seorang prospek yang bagus, pemain muda berbakat. Dia juga agresif.

“Dia mahu menjadi seorang pemain yang bagus dan itu banyak membantunya. Dia mempunyai impian mengenai apakah yang mahu dilakukannya untuk karier masa depannya.

“Dia mahu menjadi seseorang yang istimewa dalam dunia bola sepak dan kami akan cuba dan mendapatkannya.”

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");