Jenayah

Geng Adela Tumpas

JOHOR BAHRU : Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Adela selepas menahan seramai 13 lelaki dalam operasi khas yang dijalankan daripada 26 hingga 30 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dengan penahanan kesemua sahabat yang berasal dari Felda Adela, Kota Tinggi dan berumur 16 hingga 32 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes kecurian motosikal di kawasan Iskandar Malaysia.

“Sepanjang operasi dijalankan sebanyak 10 buah motosikal pelbagai jenis, empat buah enjin motosikal, tujuh rangka motosikal, dua buah kulit enjin motosikal dirampas.

“Selain itu, pelbagai spanar yang diubah suai yang disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan motosikal turut dirampas,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di Balai Polis Dato’ Onn, di sini.

Sulaiman berkata, semakan ke atas semu nombor enjin dan chasis motosikal yang dirampas mendapati terdapat sembilan rekod dilaporkan masih hilang dan selebihnya nombor enjin dan nombor chasis telah diganggu.

“Semakan rekod lampau ke atas 13 suspek ini mendapati sembilan daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan dan dadah serta satu kes rogol dan tiga lagi tidak mempunyai rekod.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari tempoh satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan didenda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");