Perak Hari Ini

GST,Kenaikan Harga Minyak: Ramai Golongan Muda Tidak Faham, Salahkan Kerajaan

Ipoh: Masih ramai lagi golongan muda yang menjadikan isu GST dan kenaikan harga minyak sebagai alasan untuk tidak turun mengundi.

Rata-rata daripada mereka dilihat kecewa dengan tindakan kerajaan yang seolah-olah membebankan rakyat. Dengan menjadikan media sosial sebagai sumber maklumat, maka pemahaman berkaitan kedua-dua isu ini dilihat semakin jauh dan tersasar.

Isu kenaikan harga minyak mentah juga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2016 kini dilihat menjadi antara faktor kepada kebencian golongan muda terhadap kerajaan.

Golongan muda dilihat menjadikan kedua-dua isu berkenaan sebagai pencetus kemarahan kerana menganggap ia membebankan ditambah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Malah kebanyakkan mereka diibaratkan seperti ‘tin kosong yang berbunyi’ apabila sering menyuarakan pelbagai isu tanpa fakta yang tepat dan jelas.

Bagaimanapun, bagi team Peraktoday.com, kerajaan perlu menggunakan pendekatan berbeza dalam mendekati golongan ini dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman mereka berkaitan isu GST dan kenaikan harga minyak.

Berkongsi pandangan, Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata usaha membantu memberi penerangan kepada golongan belia mengenai isu tersebut tidak pernah berhenti.

Sedar akan situasi sekarang, bagi beliau kebanyakkan mereka masih belum jelas tindakan sebenar yang diambil pihak kerajaan menerusi pengurangan subsidi minyak yang hanya menguntungkan sesetengah pihak.

“Kita akan lebih fokus mendekati anak muda memberi penerangan secara berkesan bagi mendedahkan apa yang dilakukan dari pihak kerajaan malah penstrukturan semula subsidi contohnya kini lebih dinikmati oleh pengguna kereta besar.

“Penerangan ini patut sampai kepada anak muda malah pihak kepimpinan tertinggi juga terus mendekati anak muda di kawasan bukan hanya memberikan penerangan dan khidmat bakti kepada mereka,” katanya.

Mua’mar turut menasihati golongan muda supaya jangan cepat percaya dengan dakyah pembangkang bertujuan untuk menjatuh kerajaan semata namun tidak langsung berfikir khidmat kepada masyarakat

“Golongan muda perlu menilai siapa yang sentiasa tidak putus-putus memberi khidmat kepada masyarakat? soalnya.

Sementara itu, bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berpendapat isu kenaikan harga minyak dan juga GST merupakan isu nasional yang lapuk dan berterusan diulang siar.

“Isu GST, 1MDB isu nasional yang telah lapuk malah diputar-belitkan bagaimanapun generasi muda ingin ada harapan baharu dalam mencorakkan negara bukannya isu yang diulang-ulang,” katanya.

Tambahnya lagi, pendekatan Transformasi Nasional 2050 (TN50) ibarat kanvas putih yang belum dicorakkan lagi umpama negara belia masa sekarang mengimpikan masa datang 30 tahun akan datang.

“Harapan anak muda adalah untuk bersama-sama mencorakkan negara ini dengan pendidikan lebih baik, pengangkutan kelas pertama dan memilih pemimpin yang baik untuk mewakili suara mereka,” katanya.

Tegasnya lagi isu GST juga terbukti menghasilkan dan langkah untuk menjana ekonomi lebih baik.

Saranannya supaya golongan muda perlu menjaga emosi dan memilih kerajaan yang boleh membela dan memberi harapan boleh kerkerjasama dalam membangunkan negara.

Bagi Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Perak, Muhamad Iqbal Jamal Jamaluddin berkata kebanyakan belia menjadikan media sosial sebagai sumber utama.

Bagaimanapun jelasnya golongan belia perlu memahami tindakan kerajaan yang disifatkan ‘tidak popular’ itu bagi menangani hati rakyat namun ia bertujuan bagi menangani masalah ekonomi sekarang.

“Peranan kami akan terus ke akar umbi memberi peneranan yang tepat dengan jentera parti bagi memberi penerangan dengan sehabis baik sehingga musim pilihan raya tindakan kerajaan bukannya ingin sengaja melaksanakan,” katanya.

Malah jelasnya, pendekatan GST antara lain membantu pendapatan kerajaan dan keadaan harga minyak yang tidak menentu.

“Terbukti rakyat perlu memberi lebih sikit dan perlu berusaha lebih gigih berikutan pengurangan subsidi,” katanya.

Langkah yang pasti kini adalah mengunakan pendekatan dekat dihati, dan melalui media sosial yang ternyata menjadi kesukaan dan sumber utama kini golongan belia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");