Membawang Hari Ini

Hairul-Hanis Lebih Utamakan Keluarga

SEJAK mendirikan rumah tangga, kelibat Hairul Azreen di kaca TV mahupun di layar perak semakin kurang kelihatan.

Namun bagi empunya diri kini meletakkan perniagaan dan keluarga sebagai keutamaan dan bidang seni sebagai kerjaya keduanya.

Jelas Hairul, dia sibuk menguruskan perniagaan miliknya iaitu tudung jenama Cakenis, pakaian (ma.lead), studio penggambaran (Hello Studio) dan pusat permainan Virtual Realiti (Captain VR) di Ipoh, Perak serta Pulau Pinang.

“Alhamdulillah, perniagaan kami semakin berkembang dan isteri saya banyak membantu.

“Selain itu saya juga turut berterima kasih kepada kawan baik saya yang turut menguruskan perniagaan Captain VR dan kami merancang membuka sebuah lagi cawangan Captain VR di Kedah.

“Bagi saya merekalah antara individu yang banyak membantu mendorong, memberi idea untuk memantapkan lagi perniagaan ini,” katanya yang juga suami kepada pelakon, Hanis Zalikha.

Selain itu katanya, dia juga mengambil peluang membesarkan anak mereka, Yusuf Iskandar bersama tanpa pembantu rumah.

“Kalau shooting, masa bersama anak sangat terhad. Tapi bila berniaga, kita yang susun masa dan secara tidak langsung ada banyak masa bersama keluarga.

“Lagipun saya dan Hanis sepakat uruskan Yusuf sendiri dan pengalaman melihat anak membesar di depan mata merupakan detik berharga buat saya,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak meletakkan had kuantiti naskhah setiap tahun dan tawaran yang diterima bergantung kepada tawaran yang datang.

“Sekarang ni, industri kita meriah dengan pelakon baru dan saya suka melihat perkembangan ini.

“Tapi kalau ada tawaran dengan watak dan skrip menarik, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya yang kali terakhir muncul menerusi drama Dia Semanis Honey.

Berkongsi perkembangan terkininya, Hairul berkata, dia kini teruja menantikan tayangan terbaru filem lakonannya, Pak Pong, yang akan menemui penonton mulai esok.

Jelas Hairul, filem yang menjalani penggambaran lima tahun lalu itu menyaksikan dia membawakan watak utama sebagai Muda.

Pak Pong turut dilakonkan Siti Saleha, Datuk Eizlan Yusuf, Kaza, Rahim Sepahtu, Ember Chia dan Lisdawati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");