Perak Hari Ini

Hana Bella Lancar ‘Selim Melim’

IPOH:Hana Bella nama yang tidak asing lagi bagi pilihan pelbagai jenis gaya elegan fesyen terkini muslimah.

Terus melebarkan sayap perniagaannya kini Hana Bella tampil pula dengan produk kesihatan terbaharu yang diberi nama Selim Melim.

Pengarah Hana Bella Holding Sdn.Bhd Mey Rashid dan Dini Tajuddin berkongsi cerita mengenai keunikan produk yang tidak memerlukan anda berlapar untuk tampil langsing dan bergaya.

Bercerita mengenai cetusan idea penghasilkan produk kesihatan itu, jelas Mey ia adalah hasil perolehan data pelanggan setianya yang rata-rata ingin kelihatan sihat, langsing dan berkeyakinan mengayakan pelbagai jenis fesyen rekaan Hana Bella.

“Hasil data daripada pelanggan kebanyakan mereka ingin tampil cantik, sihat dan berkeyakinan dengan rekaan Hana Bella jadi ia menjadi cetusan kepada penghasilan produk Selim Melim ini,” katanya ketika ditemui pihak Peraktoday pada jamuan makan malam Hana Bella di Ipoh pada Sabtu.

Malah jelasnya kebanyakkan pelanggan setianya khususnya wanita cukup sinonim dikaitkan dengan usaha penurunan berat badan dan mereka juga berkeinginan tampil bergaya dengan produk fesyen Hana Bella.

Terdahulu, majlis makan malam tersebut dianjurkan khusus untuk menghargai para pekerja setia Hana Bella yang menunjukkan prestasi yang membanggakan selama ini.

“Produk kesihatan Selim Melim telah dihasilkan sejak tahun lepas malah apa awal pra pelancarannya ia sudah terjual sebanyak 500 botol,” katanya.

Sementara itu bagi Dini yang turut menggunakan produk tersebut menjelaskan masalah utama bagi menurunkan berat badan adalah kesukaran mengawal selera makan.

“Masalah utama dalam proses menurunkan berat badan ialah keinginan untuk makan yang cukup membuak-buak jadi produk ini terbukti berjaya mengawal proses itu kini pengguna tidak lagi perlu berlapar boleh makan secara sihat dan mengamalkan cara hidup sihat,” katanya.

Produk kesihatan Selim Melim memiliki 100 peratus estrak buah-buahan semulajadi iaitu malah diformulasi menggunakan teknologi terkini yang terbukti berbeza dengan produk kesihatan lain di pasaran.

“Produk ini boleh membantu anda supaya tidak lagi menahan lapar, di samping bersenam dan mengamalkan diet yang sihat pasti mampu mengurangkan berat badan,” katanya lagi.

Malah dalam masa 10 hari penjualan awal produk ini pada awal Febuari lalu ia telah menerima banyak maklum balas positif daripada para pelanggan.

Bagi promosi pelancaran produk Selim Melim Hana Bella menawarkan harga promosi iaitu hanya RM79 ringgit sebotol daripada harga asalnya iaitu RM139 sepanjang bulan Febuari ini.

“Bagi promosi sepanjang bulan ini Hana Bella juga bakal menyediakan khidmat nasihat dari segi gaya hidup dan pemakanan sihat oleh pakar kesihatan secara percuma supaya sasaran penurunan berat pelanggan produk selim Melim berjaya diperolehi,” katanya.

Bagi anda yang berminat mendapatkan produk kesihatan ini boleh melayari lawan sesawang Hana Bella.com.my atau terus ke bukit Hana Bella terdekat.

Dua peniaga muda berjaya ini juga turut sasar penjualan sebanyak 10,000 botol untuk bulan kedua penjualannya.

Produk ini juga berupaya menghalang pembentukan sel lemak, penahan selera makan supaya rasa kenyang dengan lebih lama, mengurangkan lemak pada bahagian perut dan mengurangkan pengambilan kalori.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");