Membawang Hari Ini

Hans Isaac Akan Berkahwin 29 Julai Hadapan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya apabila mengumumkan akan berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson.

Menurut Hans, dia dan Gabriella, 28, akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai depan.

Pasangan itu sudah bertunang pada 29 Januari lepas di Singapura.

Hans, 46, mengumumkan berita gembira itu pada sidang media khas di sebuah hotel di sini pada Selasa dengan ditemani Gabriella.

“Saya agak gementar untuk umumkan mengenai kisah hidup saya ini. Tapi hari ini saya nak maklumkan akan berkahwin dengan Gabriella.

“Kami mula menjalinkan hubungan dengan serius sejak setahun yang lalu,” katanya, lapor mstar.

Gabriella dinobatkan sebagai Ratu Cantik Perlancongan Antarabangsa pada 2011.

Wanita berkenaan pernah berlakon dalam siri popular, Oh My English.

Hans sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti tempatan seperti Neelofa, Elaine Daily, Erra Fazira.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");