Perak Hari Ini

Hanya Yang Layak Akan Terima Pingat Di Perak – Zambry

IPOH : Hanya individu yang layak sahaja akan menerima pingat kebesaran di negeri ini, tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, sudah menjadi amalan kerajaan negeri Perak seperti yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi memastikan hanya calon-calon yang layak sahaja menerima pingat kebesaran daripada negeri ini.

“Kerajaan negeri turut melakukan perkara yang sama atas cadangan-cadangan yang telah dikemukakan untuk perkenan Sultan Perak dan selama ini, amalan negeri Perak ialah kita dititahkan oleh baginda untuk memastikan calon-calon yang dikemukakan melalui proses saringan.

“Proses saringan ini termasuklah melalui proses keselamatan polis, kedudukan mereka sama ada dia bangkrap atau tidak dan ketiga, sama ada individu tersebut terlibat dengan kes-kes termasuklah kes dengan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM),”katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai cadangan SPRM untuk mengkaji profil calon penerima pingat kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.

Terdahulu, etua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti keperluan untuk menjalankan semakan profil penerima gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara ini.

Zambry berkata lagi, Sultan Nazrin amat tegas dan begitu prihatin akan senarai yang akan dianugerahkan pingat daripada baginda.

“Lantaran itu, tak ramai yang menerimanya (pingat) daripada Perak kerana titah Tuanku hanya mereka yang benar-benar layak wajar diberikan pingat ini,”kata Zambry.

Ujarnya lagi, sekiranya ada penerima pingat yang melakukan jenayah, ianya akan dititahkan oleh Sultan Perak untuk menarik balik pingat tersebut kerana ianya dibawah bidang kuasa baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");