Sukan Hari Ini

Hasrat Zulfadli lebur

IPOH:Hasrat pilihan utama, Zulfadli Zulkifli untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila ditimpa kecederaan paha pada suku akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2017 di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Azlan Shah, Ulu Kinta semalam.

Kecederaan itu berlaku ketika pertemuan dengan naib juara tahun lalu, Chong Yee Han hingga memaksa Zulfadli menghentikan aksinya pada set kedua selepas tewas 17-21 pada set pertama.

Yee Han yang diletak sebagai pilihan ke-7 akan bertemu Misbun Ramdan Misbun yang layak ke separuh akhir selepas mengenepikan R Satheishtaran 21-14, 10-21, 21-19.

Turut layak juara bertahan, Lim Chi Wing dan pilihan ketiga, Liew Daren.

Bagaimanapun kedua-dua pemain yang bertemu hari ini dipaksa mencurah keringat ketika bertemu lawan masing-masing di suku akhir semalam memetik sumber Harian Metro.

Chi Wing mengatasi pemain bukan pilihan Leong Jun Hao (BAM) 22-20, 21-15, 21-19.

Daren juga terbabit dalam pertarungan sengit sebelum menjinakkan pilihan ke-5, Soong Joo Ven (BAM) 14-21, 23-21, 21-18.

Dalam acara perseorangan wanita, pilihan utama Ho Yen Mei layak ke separuh akhir selepas menundukkan Tan Koong Le (BAM) 21-20, 21-17.

Yen Mei akan bertemu Lim Yin Fun yang menumpaskan Eng Shin Jau (BAM) 21-9, 21-21.

Satu lagi separuh akhir menemukan Yap Rui Chen (Johor) dengan M Thinaah (BAM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");