Membawang Hari Ini

Headwind Bakal Rakam Lagu Raya

KUALA LUMPUR: Konsert The Musical Journey of Zainal Abidin 35th Anniversary di sini, malam tadi menjadi langkah pembukaan untuk Datuk Zainal Abidin, 57, merancang pelbagai projek bersama kumpulan Headwind.

Berikutan itu, Zainal dan anggota Headwind yang bergabung buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun pada persembahan itu, bakal merakamkan single berkonsepkan Aidilfitri.

“Kami bakal merakamkan sebuah lagu hari raya. Lagu sudah ada dan hanya menunggu masa untuk masuk studio.

“Ini bukan persembahan kami yang terakhir. Insya-Allah kalau panjang umur, kami akan mengadakan konsert sekali lagi,” kata Zainal pada sidang media selepas konsert yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berakhir, malam tadi.

Memetik sumber Berita harian, ia adalah gabungan pertama Headwind dalam sebuah konsert berskala mega selepas Zainal memutuskan untuk menyanyi secara solo lebih dua dekad lalu.

Konsert anjuran Shiraz Projects dibahagikan kepada dua segmen yang mana set pertama menyaksikan Zainal beraksi bersama Headwind manakala segmen kedua secara solo.

Antara lagu yang dinyanyikan adalah Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin, Hanya Di Radio, Manis, Inayah dan Hijau.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");