Isu Panas

Hinanya Lim Guan Eng: Guna Cukai Sedut Duit Rakyat Pulau Pinang Senyap-Senyap

Hakikat yang menyatakan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang yang peka kepada masalah rakyat dengan ‘menyerap GST cukai pintu untuk pemilik kediaman’ adalah sesuatu yang jijik sama sekali.

Sejak pemerintahan DAP di Pulau Pinang bermacam-macam wayang cina yang sah-sah hanyalah penipuan semata-mata telah dimainkan tapi entah kenapa masih ada yang percaya.

Sungguhlah suci murni kerajaan Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya, Lim Guan Eng menyatakan bahawa mereka memahami masalah rakyat. Ternyata, memang ada udang disebalik banglo mewah.

Tindakan ‘tokong’ DAP dan kerajaan DAP mengaburi mata rakyat memang licik sehinggakan ramai yang terpedaya, malah memuji tanpa memeriksa dengan lebih lanjut tindakan kerajaan DAP itu.

Tak pelik ke bila DAP buat baik?

Keturunan Lim dalam DAP ni memang pandai pasang ayat buat auta sampai lembik tengkuk rakyat Pulau Pinang terpedaya dengan wayang murah mereka ni.

Sedar atau tidak wahai rakyat Pulau Pinang bahawa selama ini kerajaan negeri telah sedut duit anda semua secara halus.

Jadi, bagaimana pemimpin DAP ni sedut duit rakyat Pulau Pinang? Cuba buka mata luas-luas dan gerakkan otak tu laju sikit.

Pada tahun 2014, rakyat Pulau Pinang membayar cukai pintu sebanyak RM583.80. Bagaimanapun, tahun 2015 iaitu 3 bulan sebelum pelaksanaan GST cukai pintu dinaikkan sebanyak RM667.20. Apehal pula naik cukai pintu tiba-tiba kan? Haaa inilah dia namanya wayang cina DAP.

Mungkin ketika itu rakyat Pulau Pinang tak sedar akan tambahan RM83.40 daripada kadar cukai tahun 2014 sebab DAP sudah tentu tidak akan mengwar-warkan perkara ini. Kantoilah nanti.

Tapi, selepas menaikkan kadar cukai itu, maka barulah klimaks wayang bermula. Lim Guan Eng dengan hati yang putih suci bak tepong gomak mengumumkan ‘penyerapan’ 6% daripada cukai pintu.

Dan ketika itu, rakyat Pulau Pinang yang tidak tahu menahu pun percayalah bahawa kerjaaan negeri dibawah kepimpinan DAP ini memahami keadaan rakyat. Bertambahlah kutukan rakyat Pulau Pinang ni dekat kerajaan yang mewujudkan GST.

Memang niat pemimpin DAP ni nak mengaburi mata rakyat, kononnya bagi gula-gula kt rakyat. Sanggup tanggung GST. Padahal, itu semua taktik jijik mereka sahaja.

Jadinya, apa yang kerajaan DAP ni buat??

Mengikut kata Guan Eng, kerajaan negeri tanggung 6% GST dalam cukai pintu. Tapi, hakikat sebenar, rakyat Pulau Pinang masih perlu membayar RM627.60.

Sedar atau tidak ia 7.5% lebih tinggi daripada cukai pintu asal RM583.80 pada tahun 2014.

Cukai pintu adalah sepenuhnya dikecualikan GST, ini bermakna sebarang kenaikan cukai itu adalah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Berapa banyak cina-cina DAP ni dah makan duit rakyat. Nampak tak permainan kerajaan Guan Eng ni.

Tak faham lagi ke?

Alahai, Matematik mudah, kerajaan DAP negeri masih lagi mendapat lebihan cukai pintu hasil daripada menyusahkan rakyat dengan menaikkan cukai pintu asal pada tahun 2014.

Memang licik kerajaan DAP membohongi rakyat Pulau Pinang. Mungkin mereka kini sedang berbangga dengan kerakusan sendiri apatah lagi apabila mendapat pujian hasil daripada manipulasi rakyat yang tidak arif dengan putar belit kerajaan DAP.

Walaupun isu ini hangat diperkatakan di media social bagaimanapun sehingga ke saat ini, tidak ada seorang pun exco negeri termasuk Guan Eng yang menafikannya.

Takutkah?

Masing-masing mulut bagai di zip dan langsung tidak mempedulikan rintihan rakyat Pulau Pinang yang tertipu dengan politik kotor DAP.

Ketika mereka dipuji melambung-lambung oleh rakyat Pulau Pinang. Amboi, pemimpin semua peringkat nak buat kenyataan, tapi bila ada isu macam ni, kenapa tidak pula nak menafikan.

Atau takut, lebih banyak wayang akan terbongkar?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");