Berita Hari Ini

Hindraf hantar surat ke White House tidak wajar

SHAH ALAM:Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan tindakan Hindraf menghantar surat ke White House bagi menggesa campur tangan terhadap pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik adalah tidak wajar dan keterlaluan.

Malah jelasnya tindakan itu adalah mainan politik kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dan marah dengan perkembangan Islam di negara ini.

“Tindakan Hindraf itu keterlaluan dan jika beliau (Dr Zakir) mengeluarkan ucapan yang tidak benar, sila kemukakan bukti untuk berbahas,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Mengulas mengenai perkara itu, Hassan berkata, Dr Zakir bukan seorang pengganas dan beliau hanya berucap tentang kebenaran, dan menerangkan mengenai perbezaan agama sahaja.

“Hindraf tak boleh tuduh secara langsung macam itu sahaja kerana menerusi ucapan-ucapan Dr Zakir, tak ada pun beliau membuat hasutan dan cuma menerangkan tentang perbezaan agama sahaja,” katanya.

Hassan berkata, tindakan Hindraf tersebut juga akan memberi kesan buruk kepada masyarakat negara ini kerana ia boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam.

Beliau berkata, selain itu tindakan tersebut juga akan menimbulkan fitnah dan memberikan persepsi buruk kepada agama suci ini.

“Ini adalah tidak wajar dan akan menggambarkan seolah-olah Islam ini mempunyai banyak pengganas,” katanya.

Tambah Hassan, White House perlu diberi penjelasan mengenai perkara sebenar tentang apa yang berlaku di negara ini bagi menggelakkan persepsi tidak baik timbul, ekoran tindakan Hindraf tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");