Isu Panas

Hitamnya Hati Pembangkang Bagaikan Dihasut Hantu Siam

Tidak semua rakyat di Negara ini tahu atau faham dengan rentak permainan politik mana-mana parti. Sama ada BN, mahupun dikalangan parti-parti pembangkang kalau dah namanya politik sudah pasti ada agenda yang tersembunyi. Apa agenda itu atau baik buruknya agenda itu hanya pemimpin-pemimpin parti berkenaan sahaja yang tahu.

Jadinya, bagi orang luar. Orang yang namanya tidak didaftarkan dimana-mana parti politik. Orang yang tidak ada satu jawatan pun dalam mana-mana parti politik. Orang yang hanya dikalangan penyokong mana-mana parti politik. Bagaimana anda membuat kesimpulan akan baiknya parti yang anda sokong dan betapa hinanya parti lawan.

Andai kata, anda di pihak yang menyokong pembangkang dan anda mempercayai setiap apa yang diperkatakan pemimpin parti tersebut. Percaya bulat-bulat. Segala fakta yang dilaungkan pemimpin pembangkang itu, bagi anda mempunyai logiknya yang tersendiri.

Andai kata, pemimpin pembangkang berkenaan mengeluarkan segala fakta-fakta berkaitan kerajaan. Tidak kiralah mengenai GST atau 1MDB mahupun Rosmah Mansor. Semuanya bagi anda betul belaka.

Dan kemudiannya, anda mula membenci kerajaan dan mahu menjatuhkan kerajaan kerana anda percaya kerajaan menzalimi anda sebagai rakyat.

Dan kemudiannya, anda mula mempercayai kerajaan menyalahgunakan kuasa, mencuri wang rakyat dan mengenakan cukai yang tidak sepatutnya.

Katakanlah parti pilihan anda itu adalah PKR kerana anda menyedari parti pilihan lainnya, iaitu PAS, kelihatan sudah berbaik dengan UMNO, parti yang menerajui kerajaan hari ini. Dan anda tidak mahu bersekongkal dengan mana-mana parti yang cuba berbaik dengan UMNO. Kerana bagi anda UMNO adalah zalim.

Dek kerana berpegang dengan prinsip UMNO itu zalim maka anda akur apabila parti yang anda sokong cuba menguatkan kekuatan dengan bekerjasama dengan DAP. Dan bagi anda DAP tidak sekejam UMNO. Benarkah??

Maka anda yang berbangsa Melayu-Islam ini cuba bertolak-ansur menerima DAP untuk menjatuhkan UMNO, walaupun naluri anda mengetahui DAP bersifat  menentang Islam dan Melayu.

Bagi anda, ‘tak apalah, janji DAP tidak sekejap UMNO’, ‘tak apalah, DAP tidak menggunakan duit rakyat’, ‘tak apalah, janji bukan UMNO’.

Apa yang penting bagi anda adalah menumbangkan kerajaan. Yang lain adalah persoalan selepas itu. Ini namanya pemikiran dangkal.

Dengan pemikiran seperti itu, apakah kemungkinan yang boleh berlaku?

Tahukah anda, dengan menjalinkan kerjasama dengan DAP maka hak-hak orang Melayu akan mula dihapuskan sedikit demi sedikit.

Mungkin tanggapan anda, “Ishh, mana ada DAP nak buat macam itu, kan dah termaktub dalam perlembagaan” atau “Ini semua fitnah UMNO nak jatuhkan PKR dan DAP”

Anda perlu tahu bahawa menentang Islam dan mahu menghapuskan hak-hak orang Melayu adalah antara agenda DAP.

Mungkin anda tidak percaya DAP boleh menghapuskan hak-hak orang Melayu atau mungkin anda lupa, dengan menyamaratakan hak orang-orang Melayu dengan hak orang bukan bumiputera lain di negara ini, itu sebenarnya adalah menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Sedar atau tidak, Hak sama rata ini sebenarnya wujud dalam dasar-dasar parti DAP, Malaysian Malaysia.

Yakinkah anda bahawa parti yang anda sokong akan menentang hasrat DAP itu sekiranya menang dalam pilihanraya?

Sedar atau tidak, melawan DAP akan menyebabkan orang-orang Cina dan bukan Islam tidak akan menyokong parti anda. Dan, parti anda tidak boleh memerintah sendirian.

Seperti yang berlaku hari ini, anda melihat parti yang anda sokong telah menyebelahi DAP dalam banyak isu yang mengancam masa depan orang-orang Melayu.

Adakah anda masih menidakkan fakta ini?

Anda pun turut berdiam diri dan tidak mengkritik tindakan parti yang anda sokong kerana tidak mahu parti tersebut kalah dalam PRU. Anda terpaksa menyokong parti yang menggadaikan agama,bangsa dan tanah air anda.

Dan anda masih berpegang kepada prinsip UMNO itu kejam.

Anda menolak mentah-mentah segala hujahan dari pemimpin UMNO. Sepertinya hati anda telah hitam dirasuk Hantu Siam dari parti yang anda sokong itu.

Pelik, bukan? Anda yang Melayu dan Islam boleh meredhai agenda halus DAP ini mahu menguasai dan mengubah negara ini.

Hukum hudud pun anda tidak setuju kerana mahu mengambil hati DAP, sedangkan dahulu anda menentang UMNO kerana tidak melaksanakan hukum hudud.

Anda masih tidak perasan keadaan ini kerana kebencian anda kepada kerajaan telah membutakan akal anda. Sebenarnya ia adalah normal dalam politik. Ia bergantung kepada anda untuk berfikir menggunakan otak ataupun hati.

Kemudian anda menyertai perhimpunan-perhimpunan anjuran pembangkang. Anda melihat pelbagai kumpulan turut menyelusup masuk dalam protes antikerajaan itu.

Saya boleh katakan parti yang anda sokong tidak kuat kerana ia memerlukan sokongan orang-orang bukan Islam. Kelihatan ia memimpin parti-parti yang lain, tetapi jika benar begitu, kenapa ia tunduk kepada DAP?

Mengapa DAP dan bukan MCA?

Adakah kerana MCA adalah seiring dengan UMNO maka anda menolak parti itu?

Anda sebutkan MCA yang juga bersuara negatif dalam bab-bab melibatkan Melayu dan Islam, jadi apa salahnya dengan DAP, fikir anda.

Ia benar, tetapi anda lupa bahawa yang mengawal MCA adalah UMNO.

Tindak-tanduk MCA itu hanyalah “lakonan” untuk meraih sokongan orang-orang bukan Islam, terutamanya bangsa Cina, kerana mereka mewakili bangsa Cina. Jika mereka tidak bersuara, mereka pasti akan hilang sokongan bangsa mereka.

Apa sangatlah fakta ini bagi anda yang begitu teguh dengan pembangkang.

Tahukah anda bahawa pakatan pembangkang, mereka saling mahu menguasai sesama sendiri, malah DAP sebenarnya adalah lebih dominan.

Anda cuba menidakkan fakta ini tetapi ia adalah hakikat sebenar.

Perkara ini akan berterusan episodnya. Sebaliknya DAP akan lebih tegas dengan prinsip mereka. Semakin mereka tegas dan kuat memperjuangkan hak sama rata, semakin mereka mendapat sokongan orang-orang Cina dan bukan Islam yang lain.

Dan anda. Bagaimana dengan tuntutan-tuntutan anda. Bagaimana dengan hak orang melayu yang anda laungkan. Bagaimana dengan keadilan rakyat yang anda mahukan.

Anda boleh menutup mata dalam perkara ini dengan membangkitkan tuduhan-tuduhan salah laku kerajaan yang lain.

Katakanlah kerajaan yang anda benci itu tumbang dalam PRU, adakah anda fikir keadaan akan menjadi lebih baik kepada negara ini?

Anda fikir harga petrol akan diturunkan?

Anda fikir harga barangan keperluan akan turun?

Anda fikir kerajaan baru akan lebih amanah, adil dan bersih? Anda sudah melihat bukti-buktinya di beberapa negeri yang ditadbir oleh pembangkang selama ini.

Dan, adakah anda yakin bahawa tidak akan ada seorang pun pemimpin dari parti yang anda sokong itu terlibat dengan rasuah?

Adakah anda yakin, isteri pemimpin-pemimpin parti yang anda sokong itu akan menutup aurat sepenuhnya.

Adakah anda yakin, pemimpin-pemimpin parti yang anda sokong itu tidak mengamalkan birokrasi dalam pentadbiran. Sedangkan dalam parti sendiri pun dah ada birokrasi anak beranak kan.

Anda fikirlah sendiri. Fikirlah guna akal dan iman. Jangan fikir guna hati dan nafsu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");