Panasnya Hari Ini

Husam Cari Publisiti – Mohd Amar

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan tindakan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang sengaja hadir dan mahu berucap di ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan, Isnin lalu, dianggap sengaja mahu mencari publisiti.

Memetik sumber Berita Harian, situasi berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan Husam sudah diberi tarikh sesuai sebelum ini, namun beliau gagal menghadirkan diri.

“Kenapa dia (Husam) tidak hadir pada tarikh yang kita tetapkan sebelum ini, sedangkan itu adalah masa terbaik untuk membahaskan sesuatu isu.

“Bagi saya tindakan yang dilakukan oleh Husam tidak lebih daripada sekadar mencari publisiti serta mencetuskan provokasi antara penyokong PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Ibarat seperti jemputan kenduri kahwin, kita perlulah hadir ketika kenduri dan jika kita hadir pada hari lain, sudah tentu ia akan menimbulkan masalah,” katanya.

Terdahulu Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan bertajuk “Husam lari dari debat bai’ah” di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV malam Isnin lalu, kecoh apabila Husam di pentas itu bersama penyokongnya.

Husam hadir jam 11 malam sebelum duduk bersama pemimpin PAS selain meminta diberi peluang untuk berucap. Kekecohan berlaku apabila terdapat penyokong yang membuat provokasi supaya diadakan debat pada ceramah berkenaan.

Antara penceramah PAS pada malam berkenaan termasuk Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");