Berita Hari Ini

Individu dijangkiti H1N1 dinasihat ambil langkah perlu

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menasihati individu yang dijangkiti virus Influenza A (H1N1) supaya mengambil langkah perlu bagi mengelak virus itu disebarkan kepada orang lain.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang sedang mengalami selesema, yang boleh membawa kepada ‘selesema babi atau swine flu’ itu perlu mengasingkan diri daripada orang ramai atau memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.

“Mereka perlu memakai topeng muka bila berada di tempat awam dan memastikan tangan mereka bersih pada setiap masa,” katanya kepada pemberita pada acara Larian MySihat 2017 yang diadakan di Padang Merbok, di sini, pagi ini.

Dua kes H1N1 dilaporkan di Melaka semalam, membabitkan dua pelajar Sekolah Kebangsaan Tengkera 2, Melaka Tengah.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata laporan media yang menggambarkan bahawa virus leptospirosis atau kencing tikus sebagai ‘virus misteri” boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

“Media telah tularkan penyakit itu sebagai “virus misteri” yang menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai di Kajang, ia bukannya virus misteri,” katanya.

Tiga individu di Kelantan disahkan dijangkiti leptospirosis pada Jumaat, yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian banjir baru-baru ini di Tanah Merah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, semalam berkata sebelum itu, ketiga-tiga mereka bersama tiga yang lain dimasukkan ke Hospital Tanah Merah Hospital (HTM) selepas menghadiri majlis perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");