Berita Hari Ini

‘Ini cabaran terhadap amanah diberikan rakyat’

PUTRAJAYA – Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) yang digantung tugas, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangan selepas empat jam disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya datang untuk memberikan kerjasama setelah difahamkan SPRM membuka kertas siasatan, jadi saya bertanggungjawab untuk memberikan sepenuh kerjasama ke atasnya,” katanya sejurus melangkah kaki keluar daripada pintu SPRM di sini, sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa]

Menurutnya, penyiasatan ini juga adalah sebahagian daripada cabaan yang diterima ketika menjalankan tugas.

“Bila kita menjalankan tugas, tentu ada cabaran tertentu, kalau kita mahu hidup senang kita jaga perniagaan peribadi kita sahajalah, tidak berkhidmat kepada rakyat.

“Begitu juga berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu akan ada cabaran. Yang penting kita buat dengan jujur dan ikhlas bukan songlap masuk poket, bukan untuk peribadi, berkhidmat untuk orang ramai,” katanya.

Beliau katanya, cuba memberi apa juga maklumat yang ada dalam pengetahuan, terserah kepada SPRM dan pasukan penyiasatannya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, soal menguruskan bola sepak Kelantan juga dibuat kerana kepentingan orang ramai.

“Kita lakukan yang terbaik, tapi oleh kerana tuduhan-tuduhan ini agak serius bila dikatakan menyeleweng duit biasiswa, duit Mara, memaksa menaja, kalau itu benar berlaku sangat buruk, sangat buruk bagi seorang penjawat awam, wakil rakyat dan seorang ahli politik yang mencecah umur 60 tahun.

“Kalau kita buat kerja menyeleweng dana, duit biasiswa maka mesti disiasat,” katanya.

Ujarnya, sekiranya semua dakwaan itu betul, ia adalah satu kesalahan besar yang tidak cukup untuk dinafikan begitu sahaja.

“Tidak cukup dengan menafikan biarlah benda itu disiasat, sebab sudah ada tuduhan yang dibuat, dan saya mesti mengambil tanggungjawab, tidak boleh lari,” katanya.

Annuar hari ini tampil secara sukarela ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung beberapa dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam isu tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW) sehingga membawa kepada penggantungan tugasnya sebagai pengerusi serta merta pada Selasa lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");