Berita Hari Ini

Isu Tajaan TRW, MARA : SPRM Teliti Semua Keterangan

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya akan meneliti kesemua keterangan yang diambil berhubung isu tajaan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) oleh Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Jelasnya, sekiranya wujud keperluan, Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa yang direhatkan akan dipanggil membantu siasatan yang bermula semalam.

“Siasatan telah bermula sejak semalam dan kita (SPRM) akan teliti dulu keterangan-keterangan yang diambil dan sekiranya perlu, beliau (Annuar) juga akan turut dipanggil selepas ini bagi membantu siasatan,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Azam berkata, SPRM akan memanggil individu-individu yang terlibat kes berkenaan untuk mendapatkan maklumat secara keseluruhan bagaimana penajaan itu diluluskan.

“Kita nak lihat siapa terlibat dan bagaimana penajaan itu diluluskan,”katanya.

Kelmarin, SPRM memaklumkan telah membuka kertas siasatan dan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman Mara bagi menyiasat isu rasuah dan salah guna kuasa.

Annuar sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan menggunakan kedudukannya bagi memastikan Mara dan UniKL menaja TRW.

Isu didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");