Membawang Hari Ini

Jaafar Onn Elak Artis Talam Dua Muka

KUALA LUMPUR: Pelakon Jaafar Onn mengambil pendekatan dengan bertindak menjauhi golongan artis yang disifatkannya sebagai talam dua muka terhadapnya.

Malah ujarnya, pada usianya sekarang dia tidak mahu lagi terlibat dengan ‘drama’ yang dicetuskan orang lain dan ingin hidup tenang.

“Sudah banyak saya jumpa jenis manusia yang seperti duit syiling. Di depan lain, belakang lain dan orang-orang begini saya rasa tidak perlu dalam hidup saya.

“Saya sudah banyak terkena dan jalan paling baik adalah jauhi golongan ini kerana sebenarnya saya tidak rugi apa-apa pun,” katanya memetik laporan mStar Online.

Jelas Jaafar lagi, ada di antara individu yang datang berjumpa dengannya bagi meminta penjelasan berhubung perubahan sikapnya.

“Saya tidak mahu mencari gaduh dengan sesiapa dan sebab itu saya ‘buang’ mereka-mereka ini daripada hidup saya.

“Tetapi ada yang tak puas hati dan datang bersemuka dengan saya. Saya hanya minta mereka fikir sendiri tentang perbuatan mereka dibelakang saya,” katanya.

Katanya fokusnya kini adalah terhadap karier seninya yang sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti selain memberi tumpuan kepada ibadat dan kerja-kerja amal.

“Pada usia sekarang apa lagi yang saya harapkan selain ingin beribadat dan melakukan perkara-perkara baik.

“Perkara remeh temeh yang lain saya tidak mahu fikir tambahan pula jadual seni saya sentiasa padat,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");