Sukan Hari Ini

Jadual United Padat, Mourinho Berang

London:Kegembiraan Jose Mourinho selepas Manchester United layak ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Europa sedikit terjejas apabila mendapat tahu anak buahnya perlu mengharungi jadual padat.

United yang menewaskan St Etienne 1-0 untuk layak ke kelompok 16 terakhir menerusi agregat 4-0, bakal mengharungi perlawanan ulangan Liga Europa tiga hari selepas aksi suku akhir Piala FA menentang Chelsea pada 13 Mac.

“Saya terkejut kerana keputusan itu dibuat sebelum undian aksi Eropah. Tidak siapa tahu pasukan mana yang akan tentang mahupun sama ada ia selepas perlawanan pertama atau kedua kami,” kata Mourinho.

“Kami akan menentang Chelsea pada Isnin dan kami akan mengharungi perlawanan kedua sama ada di Eropah, Russia atau Turki. Inilah saja maklumat yang kami ada.”

Pengendali Portugal itu turut mengkritik musuh setempat Manchester City yang menurunkan skuad lebih lemah pada Piala FA musim lalu apabila mereka berdepan masalah sama.

Memetik sumber Reuters, Chelsea kini menang 5-1 ke atas anak buah Manuel Pellegrini dan Mourinho berkata, beliau tidak akan sesekali menghina pertandingan berkenaan dengan menurunkan pemain muda yang tidak berpengalaman.

“Saya tidak akan menurunkan pasukan kedua untuk bertemu Chelsea,” kata Mourinho. “Saya tidak boleh menentang Chelsea dengan pemain Bawah 21 Tahun seperti yang dilakukan Manchester City tahun lalu. Kami adalah Manchester United. Saya tidak boleh melakukan perkara itu dan tidak akan berbuat demikian.

“Sebagai pengurus United, saya tidak akan melakukan perkara sama ke atas Piala FA kerana pertandingan itu tidak bersalah. Ia piala yang sangat bermakna dengan sejarah yang sangat menarik. Saya perlu bertindak adil kepada penyokong United serta pertandingan itu sendiri.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");