Isu Panas

Jangan Dengar Hasutan Nurul Izzah – Najib

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang cuba menggagalkan Projek Pembangunan Semula Flat 4 Tingkat Kampung Kerinchi, sebelum ini adalah demi kepentingan politik semata-mata.

Beliau berkata, kejayaan projek berkenaan hari ini membuktikan kesungguhan kerajaan BN membela nasib rakyat.

“Saya musykil Nurul Izzah cuba gagalkan projek dan bawa ke mahkamah kerana dia utamakan politik. Jika projek berjaya, nama BN naik. Namun dia gagal dan yang jadi mangsa adalah 35 keluarga yang tidak bersetuju.

“Kerana itu kita jangan makan hasutan. Kita mesti menilai sesuatu baik dan buruk bukan soal politik tapi tentang kebajikan rakyat,” katanya, lapor Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");