Perak Hari Ini

‘Jangan Percaya Perang Saraf Azmin’

PASIR SALAK: “Azmin memang pakar dalam bermain dengan perang saraf..jadi jangan terpedaya,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membayangkan peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib menerusi catatan di Twitter.

Bagaimanapun, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.

Jelasnya,penyokong UMNO terutamanya dinasihati supaya tidak mudah terpedaya dengan perang saraf yang gunakan oleh Menteri Besar Selangor itu.

“Dia ingin bermain dengan perang jadi jangan kita terperangkap dengan taktiknya,” katanya ringkas.

Tambahnya lagi pihak pembangkang akan cuba sedaya upaya untuk melemahkan UMNO dengan bermain isu politik yang direka cipta seolah-olah memperlihatkan parti itu sedang lemah dan gawat.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan ringkas menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan.

Kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");