Perak Hari Ini

Jangan Politikkan Isu Krematorium – MB Perak

IPOH : Semua pihak diminta supaya tidak mempolitikkan isu krematorium di Buntong berikutan perkara itu diluar dunia politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan Perak amat prihatin dengan kehidupan rakyat di negeri ini dan ia sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan negeri.

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan krematorium. Saya mengambil keputusan yang tegas untuk meneruskan projek tersebut kerana ianya adalah untuk kepentingan ramai.

“Kalau ada perkara-perkara yang kurang, bincanglah bersama-sama untuk kita selesaikan. Hal kematian ini melebihi bidang politik. Jadi jangan politikkannya,”katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan persiapan Thaipusam di perkarangan Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar, petang tadi.

Turut hadir ialah Penasihat Menteri Besar, Datuk V Elango, Speaker Dewan Negeri, S Thangeswary dan pengerusi kuil R V Suppayah.

Terdahulu, Zambry turut menyaksikan penyerahan cek sebagai tambahan kepada projek krematorium di Buntong kepada pengerusi kuil yang mentadbir krematorium tersebut.

Zambry berkata, projek krematorium di Buntong itu sudah siap dan sumbangan yang diberikan itu adalah untuk memastikan krematorium itu dapat berjalan dengan sempurna.

Di dalam tinjauan yang sama, Zambry turut melancarkan kempen Kebersihan Bandaraya Ipoh Kohijau di perkarangan kuil tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa kuil yang membenarkan pelancaran ini dilakukan di kawasan kuil dan dalam upacara keagamaan seperti ini bagi mewujudkan suasana yang bersih, sampah tidak buang merata-rata.

“Ini satu pendekatan yang baik di mana pihak jawatankuasa kuil dan juga Kohijau dapat bekerjasama dalam menyahut cabaran dan seruan daripada kerajaan negeri untuk menjaga kebersihan negeri Perak,”katanya.

Zambry berkata lagi, beliau turut dimaklumkan bahawa Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniar adalah kuil yang pertama yang memperkenalkan kempen kebersihan ini bagi mewujudkan kesedaran masyarakat supaya tidak membuang sampah merata-rata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");