Isu Panas

Jangan Timbulkan Sebarang Spekulasi

KOTA BHARU – Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad meminta orang ramai untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi tidak baik berhubung isu penggantungan jawatan Tan Sri Annuar Musa dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Ujarnya, keputusan tersebut seharusnya dihormati semua pihak, sekali gus tidak membuat sebarang andaian yang boleh mendatangkan kekeliruan.

“Jangan buat spekulasi sendiri, isu itu (penggantungan) tidak melibatkan parti dan politik beliau (Annuar). Ia adalah isu bola sepak, tidak mungkin kerana bola, negara kena hancur. Isu ini (sebab) ada orang buat tuduhan, maka kena siasat dan bersih nama,” katanya seperti yang dilapor dalam Sinar Harian.

Beliau berkata demikian di Majlis Solat Hajat Perdana di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini semalam yang disertai lebih 500 ahli Umno, Jawatankuasa Masyarakat Pusat Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Parlimen Ketereh (Khadam).

Adun Kok Lanas itu juga memberitahu, rakyat tidak perlu gusar dengan apa yang berlaku malah beri ruang kepada siasatan yang dibuat. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah memaklumkan bahawa jawatan Ketua Penerangan Umno yang disandang Annuar masih dikekalkan.

Dalam perkembangan yang sama, Annuar melalui entri laman sosial Facebook miliknya turut meluahkan rasa terharu dengan solat hajat yang diadakan.

Beliau yang ketika itu masih berada di Auckland, New Zealand tetap bersyukur dengan apa yang berlaku kerana telah melakukan yang terbaik untuk pasukan The Red Warriors (TRW).

“Untuk ramai bergembira, sudah tentu harus ada satu yang terpaksa menderita. Setakat yang saya tahu, segala-galanya berlaku secara jujur dan mengikut saluran peraturan dan undang-undang.

“Kerana itulah pesan saya pada diri saya, Mara, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Penerangan Umno dan Parlimen Ketereh, saya junjung amanah sedaya mungkin saya.

“Saya pertaruhkan nyawa dan maruah diri saya untuknya (Kafa dan Mara), insya-ALLAH,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");