Perak Hari Ini

Janji Kepada USAS Bukan Janji Kosong

KUALA KANGSAR : Segala janji dan peruntukan yang diumumkan kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pasti akan dilaksanakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, menerusi pertemuan tidak rasmi beliau dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, segala janji itu akan dilaksanakan pada waktunya.

“Komitmen kerajaan sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan apabila tiba waktunya.

“Jadi tidak perlu bimbang kalau ada pihak yang cuba membawa isu ini seolah-olah bahawa kerajaan tidak memberi pertimbangan wajar atau hanya menyebut dan membuat janji-janji kosong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

“Saya ingin maklumkan bahawa kerajaan pusat tetap komited untuk meneruskan dan memenuhi janji yang telah dibuat sebelum ini,”katanya ketika ditemui di Majlis Perhimpunan Bersama Menteri Besar perak di USAS, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Canselor USAS, Tan Sri Nordin Kardi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Terdahulu, pada PRK Kuala Kangsar Jun tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) dinaiktaraf menjadi universiti penuh dan dikenali sebagai USAS.

Najib turut mengumumkan, sebagai langkah permulaan, kerajaan pusat akan memberi geran tahunan setiap tahun.

Sementara itu, Zambry berkata, Lembaga Pengarah USAS telah meluluskan skim gaji baharu kepada warga universiti penuh itu.

Jelasnya, skim gaji baharu itu termasuklah kepada tenaga pengajar dan juga kakitangan sokongan USAS.

Dalam perkembangan lain, Zambry turut berharap agar USAS dapat berkembang menjadi universiti pilihan bagi program-program pasca siswasah.

“Saya dimaklumkan bahawa universiti ini telah memulakan kursus-kursus di peringkat pasca siswazah mereka dimana terdapat 300 pelajar Sarjana dan 40 orang pelajar Ijazah doktor falsafah (PhD).

“Kalau kita lihat dalam konteks sebuah universiti baru seperti ini, ianya merupakan kejayaan yang besar,”kata Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");