Sukan Hari Ini

JDT Tamatkan Khidmat Gomez

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, kontrak bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez ditamatkan pertengahan bulan lalu berikutan tidak sependapat dalam urusan pembelian pemain.

Memetik sumber Berita Harian, pendedahan pemilik JDT itu sekali gus menamatkan tanda tanya yang menyelubungi penyokong bola sepak tempatan sebelum ini kerana khidmat Gomez ditamatkan secara mengejut, sehari sebelum JDT berdepan Kedah merebut Piala Sumbangsih.

“Memang benar Mario Gomez sudah banyak membantu dan saya mengucapkan terima kasih. Tetapi banyak juga cerita-cerita di balik tabir yang penyokong tidak tahu.

“Apabila Mario menandatangani beberapa pemain baru, ada yang sesetengahnya saya tidak berapa setuju. Ini kerana cara permainan yang hendak digunakan oleh Mario untuk pemain terbabit tidak sesuai dengan falsafah yang telah saya tetapkan untuk kelab.

“Ya, memang keputusannya bagus tetapi apabila saya melihat keseluruhannya daripada segi persiapan (sewaktu pra-musim) tidak ada peningkatan jika dibandingkan dengan cara permainan musim lalu,” kata Tunku Ismail dalam sesi temuramah bersama penyokong di laman JOHOR Southern Tiger, semalam.

Sepanjang mengendalikan JDT, Gomez berjaya membawa skuad Harimau Selatan muncul juara Piala Sumbangsih dan memastikan pasukan itu merangkul hatrik Liga Super selain muncul Piala AFC.

Gomez menyertai JDT selepas melepaskan jawatan ketika bersama South China AA dua musim lalu.

Biarpun cemerlang sepanjang dua tahun bersama skuad Harimau Selatan, namun Tunku Ismail percaya ‘perpisahan’ adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak selepas Gomez tidak serius dengan falsafah kelab itu.

“Memang tidak boleh dinafikan bahawa dia cukup bagus, tetapi di JDT tidak ada mana-mana individu yang lebih besar dari kelab. Jika kelab ada falsafah dan polisi itu adalah perkara yang perlu diberikan keutamaan,” kata Tunku Ismail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");