Membawang Hari Ini

Jerrika Hinton Tinggalkan Grey’s Anatomy

PELAKON Jerrika Hinton difahamkan bakal meninggalkan siri popular Grey’s Anatomy hanya selepas empat musim bersama rancangan itu.

Menurut laporan Mstar Online, Jerrika yang memegang watak sebagai Dr. Stephanie Edwards itu dikatakan tidak akan kembali selepas musim ke-13 berakhir.

Malah pengunduran pelakon itu dikatakan mempunyai kaitan dengan penglibatannya dalam sebuah siri terbaharu terbitan HBO.

Selain itu, Jerrika juga terlibat dalam siri terbaharu terbitan penerbit Grey’s Anatomy iaitu Shonda Rhimes berjudul Toast.

Pihak ABC bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan berkenaan.

Sementara itu, nasib siri yang mengangkat kisah kedoktoran itu juga dikatakan masih tidak menentu apabila tiada masih belum ada pengumuman berhubung musim terbaharu Grey’s Anatomy.

Kali terakhir Grey’s Anatomy kehilangan pelakonnya adalah pada musim ke-12 apabila Sara Ramirez membuat keputusan meninggalkan siri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");