Sukan Hari Ini

Johnson ambil alih kedudukan Day

LOS ANGELES: Pemain Amerika Syarikat (AS) Dustin Johnson bergelar pemain golf nombor satu dunia buat kali pertama hari ini dengan kemenangan di Terbuka Genesis Jelajah PGA di Los Angeles.

Johnson yang sebelum ini menduduki ranking ketiga dunia, mengambil alih tangga teratas itu daripada pemain Australia Jason Day yang memegang gelaran itu selama 47 minggu berturut-turut.

Juara Terbuka AS, Johnson perlu memenangi kejohanan itu dengan Day menamatkan saingan di luar kelompok tiga terbaik untuk meraih kedudukan teratas berkenaan.

Dia menang dengan kelebihan lima pukulan manakala Day terikat di tangga ke-64. Johnson adalah pemain ke-20 menduduki takhta berkenaan sejak ranking diperkenalkan pada tahun 1986.

“Ia kedengaran baik sekali,” kata Johnson selepas kemenangannya di lapangan Riviera. “Ia memberikan saya suntikan semangat.

“Ia akan merangsang saya untuk bekerja lebih keras dan cuba mencapai lebih banyak kejayaan.”

Rakan senegaranya, Tiger Woods memegang rekod paling lama bergelar pemain nombor satu dunia – 684 minggu keseluruhan termasuk tempoh 281 minggu berturut-turut.

Greg Norman dari Australia adalah pemain kedua yang menduduki takhta berkenaan lebih daripada 100 minggu (331).

Johnson melonjak ke tangga ketiga Jun lalu apabila memenangi gelaran major pertamanya di Terbuka AS, dan berada di tangga kedua sepanjang enam bulan terakhir tahun 2016 sebelum menamatkan tahun lalu di tangga ketiga.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");