Jenayah

Kali kedua lari ikut teman lelaki

Kuantan: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai melarikan diri mengikut teman lelakinya ketika makan bersama keluarganya di sebuah kedai di Jalan Teluk Sisek, di sini, Isnin lalu.

Voo Zi Rou dilaporkan meminta izin ke tandas ketika makan bersama keluarganya, namun menghilangkan diri selepas itu.

Ibu saudaranya, Voo Lee Ling, 44, berkata, ini kali kedua remaja berkenaan melarikan diri sejak pulang ke negara ini awal Januari lalu kerana menetap di Kemboja bersama bapanya

“Dia dibawa pulang untuk merayakan Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga bapanya di sini. Dia pernah hilang pada 8 Januari lalu.

“Kali pertama Zi Rou hilang ketika berada di rumah datuknya di Shah Alam, Selangor, 8 Januari lalu, tetapi ditemui semula keesokannya di Kampung Jawa di sini bersama teman lelakinya berusia 17 tahun,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Katanya, dia beritahu hendak ke tandas dan selepas itu tidak muncul.

“Hampir 30 minit saya tunggu, saya mencarinya di kawasan sekitar namun tidak jumpa,” katanya.

Katanya, dia membuat laporan berhubung kehilangan anak saudaranya itu di Balai Polis Kuantan, di sini, pada hari sama selepas usaha mencari remaja berkenaan gagal.

“Saya yakin anak saudara mengikut teman lelakinya. Jadi, saya minta jasa baik teman lelakinya menghantar Zi Rou ke pangkuan keluarga,” katanya sambil menambah dia juga bimbang dengan keselamatan anak saudaranya itu memandangkan remaja berkenaan di bawah umur.

“Saya mohon orang ramai membantu mengesan Zi Rou dan menghubungi polis jika melihat remaja berkenaan,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");