Isu Panas

“Kami Akan Bantu Ibu Berkempen” – Azizul

LUNDU: Anak bongsu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem berjanji beliau dan keluarganya akan membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam tempoh 14 hari itu.

Malah ujar Azizul Annuar Adenan ia berikutan kerana ibunya, Puan Sri Jamilah Anu masih berkabung.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan kepada Jamilah oleh penduduk Tanjung Datu yang hadir beramai-ramai ke pusat penamaan calon.

Pada masa sama, Azizul turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin BN kerana memberi kepercayaan terhadap ibunya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Azizul turut mengalu-alukan saingan dua pencabar dari parti pembangkang negeri itu dengan berkata ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi di negara ini.

“Pada mulanya kita berharap tidak akan ada apa-apa saingan tetapi ini adalah sebuah negara demokrasi.

“Sesiapa sahaja ada hak untuk bertanding. Kita tunggu 18 Februari ini dan lihat keputusannya,” kata Azizul kepada pemberita ketika ditanya mengenai peluang ibunya untuk memenangi pilihan raya kecil itu memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");