Sukan Hari Ini

‘Kane bakal jadi legenda Spurs’

London: Mauricio Pochettino percaya Harry Kane (gambar) berada dalam laluan menjadi legenda Tottenham Hotspur selepas penyerang itu menjaringkan gol ke-100 buat kelab itu sepanjang kariernya.

Kane, 23, menjaringkan hatrik pada babak pertama ketika kelabnya menang 4-0 ke atas Stoke City dan menjaringkan gol ke-100 menerusi jaringan pertamanya serta menamatkan perlawanan itu dengan mengumpul 22 gol sepanjang musim.

Usaha penyerang itu membantu kebangkitan Spurs daripada kekecewaan tersingkir daripada Liga Europa di tangan Gent minggu lalu dan Pochettino percaya aksi keseluruhan Kane mengesahkan kualitinya sebagai salah seorang penyerang berbahaya dunia.

“Harry mempunyai profil untuk menjadi legenda di Tottenham,” kata pengurus Spurs itu.

“Mungkin dia sudah bermula untuk menjadi seorang legenda dengan jaringan dan karakter dimilikinya.

“Dia sungguh profesional. Dia mempunyai profil sempurna untuk menjadi legenda di sini. Dia mempunyai karakter tersendiri. Ada kalanya dia bertengkar dengan saya. Ada kalanya dia kecewa dengan saya. Ada kalanya dia gembira. Dia mempunyai karakter yang kuat.”

Pochettino menegaskan: “Dia antara yang terbaik. Saya berpuas hati dengannya. Dia berhak (menjaringkan 100 gol). Dia seorang yang amat profesional, pemain yang hebat dan saya amat gembira.

“Ia bukan perkara baru bagi saya. Saya katakan berkali-kali, bagi saya dia antara penjaring terbaik dunia.”

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");