Sukan Hari Ini

Kapten MU Lega, Mahu Fokus Jumpa Kelantan

MELAKA: Kemenangan pertama pendatang baharu Liga Super 2017, Melaka United di Stadium Negeri, Kuching pada Sabtu, ternyata melegakan penyokong Sang Kancil selepas pasukan kesayangan mereka itu memulakan kempen dengan rentak hambar.

Memetik sumber Mstar Online hanya satu mata dikumpul selepas tiga perlawanan awal liga dengan manyaksikan satu keputusan seri dan dua kekalahan dicatatkan oleh juara Liga Perdana 2016 itu.

Namun kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak sudah memadai buat pasukan bimbingan Eric Williams mengutip tiga mata penuh yang pertama, sekali gus melonjakkan Melaka United ke tangga kesembilan liga dengan mengumpul empat mata daripada empat perlawanan.

Malah kapten pasukan, Illija Spasojevic juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila membantu Melaka United menewaskan Sarawak, lebih-lebih lagi kejayaan itu dilakar di tempat lawan.

Bagaimanapun Spasojevic enggan dibuai dengan kemenangan itu, sebaliknya mahu rakan sepasukannya memberi fokus kepada perlawanan seterusnya menentang Kelantan.

“Saya amat gembira dengan aksi rakan sepasukan yang bermain dengan baik dan hasilnya tiga mata berjaya dibawa pulang.

“Kini fokus seterusnya adalah pertemuan dengan Kelantan,” kata pemain berusia 29 tahun itu ketika dihubungi mStar Online.

Melaka United masih kekurangan satu perlawanan akibat perlawanan ditunda pada perlawanan pembukaan dan berpeluang membaiki kedudukan jika meneruskan momentum kemenangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");