Membawang Hari Ini

Kate Hudson Tak Mahu Cari Teman Hidup Guna Laman Sosial

PELAKON terkenal Kate Hudson mengenaskan bahawa dirinya tidak akan menggunakan laman sosial untuk mencari teman lelaki walaupun ia agak popular pada zaman sekarang.

Kate berkata, dia merasakan cara berkenaan tidak akan memberi kesan positif selain lebih suka terhadap kaedah konvensional.

“Anda lihat pada seorang lelaki dalam talian dan mengatakan dia kacak dan penilian itu hanya berdasarkan gambar dan mungkin akan ada peluang untuk bersama?

“Saya lebih selesa dengan cara tradisional dan tidak merasakan akan menggunakan laman sosial untuk mencari pasangan,” katanya seperti dilaporkan E Online!

Kate berkata demikian ketika muncul dalam program bual bicara The Ellen DeGeneres baru-baru ini.

Sebelum ini, Kate pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki seperti Matthew Bellamy, Dax Shepard, Owen Wilson, Chris Robinson dan Alex Rodriguez.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");