Sukan Hari Ini

Kedah Berjaya Atasi Kuala Lumpur 4-2

KEDAH berjaya membenamkan Kuala Lumpur 4-2 di Stadium Darul Aman pada pusingan kedua Piala Fa 2017 untuk mara ke peringkat ketiga di Stadium Darul Aman,pada Selasa.

Usaha tuan rumah mendapatkan gol awal berhasil pada minit ke-7 Menerusi Liridon Krasniqi namun dibatalkan pengadil, Suresh Jayaraman kerana off side.

Bagaimanapun Kedah tidak berputus apabila terus menggandakan usaha dan gol yang diburu berjaya juga dijaringkan oleh Liridon Menerusi satu lencongan menarik menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Ramezey Che Ros pada minit ke-33.

Hijau kuning terus selesa di hadapan 2-0 selang tiga minit kemudian apabila pertahanan pelawat, Zaiful Abdul Hakim tertampan bola masuk ke gol sendiri apabila diasak pemain Kedah, Farhan Roslan.

Stadium Darul Aman bergema buat kali ketiga oleh penyokong Kedah apabila Farhan berjaya menjarakkan kedudukan kepada 3-0 pada minit ke-41hasil hantaran Liridon menerusi satu serangan pantas Kedah.

Farhan terus membuktikan ketajamannya pada separuh masa Kedua apabila meledakkan gol keempat Kedah pada minit ke-62 selepas menerima hantaran pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani memetik laporan Sinar Harian.

Namun pertahanan import Kedah, Zachary Michael Anderson menjaringkan gol sendiri pada minit ke-75 untuk kedudukan 4-1 selepas berlaku salah faham dengan penjaga golnya, Abd Hadi Abd Hamid.

Kealpaan benteng Hijau Kuning terus dihukum pasukan pelawat apabila pemain gantian, Ibrahim Syaihul menjaringkan gol pada minit ke-92 bagi keputusan penuh 4-2.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");