Sukan Hari Ini

Kedah Turunkan Rizal Ghazali Menentang Felda

KUALA LUMPUR:KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe tegas dengan keputusannya untuk menamakan Rizal Ghazali dalam kesebelasan utamanya ketika bertemu Felda United dalam saingan Liga Super di Jengka pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan itu tidak menjadi kesalahan walaupun berdepan aduan daripada pihak tertentu kerana tiada keputusan diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setakat ini berhubung kontroversi yang melanda pemain berkenaan.

Status tonggak pertahanan kanan Harimau Malaysia itu mencetuskan kontroversi apabila Rizal yang beraksi untuk Kedah sejak 2014, didakwa melanggar perjanjian dengan Felda United apabila membuat ‘pusingan U’ dan mahu terus kekal bersama skuad Helang Merah musim ini.

Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati kem skuad ‘The Fighters’ yang mendedahkan pemain berusia 24 tahun itu milik mereka selepas berjaya mencapai persetujuan ‘hitam putih’ sebelum aksi final Piala Malaysia 2016 pada 30 Oktober lalu.

“Rizal akan berada dalam kesebelasan utama Kedah selagi FAM tidak membuat sebarang keputusan mengenai statusnya. Dia masih bebas untuk beraksi bersama pasukan pilihannya iaitu Kedah.

“Kedah memerlukan khidmat Rizal di bahagian pertahanan. Tiada sebab untuk kita simpan pemain ini kerana tidak menjadi keslahan jika dia berada di atas padang ketika menentang Felda.

“Sehingga kini Rizal masih milik Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). Dia juga bekerja keras untuk memastikan dirinya berada dalam kecergasan terbaik demi kejayaan pasukan kita,” katanya memetik laporan mStar Online.

Jelasnya lagi,skuad tersebut lebih mengutamakan misi membawa pulang tiga dalam pertemuan itu daripada kontroversi berkenaan.

Malah tambahnya barisan pemain telah diberi peringatan untuk lebih fokus dan tidak mengulangi kesilapan yang pernah menghukum mereka dalam perlawanan sebelum ini.

“Felda sudah pasti menjadi pasukan pilihan kerana beraksi di gelanggan sendiri dengan padang rumput tiruan, mereka berlatih setiap hari di padang ini dan mereka lebih mengenali mengenai padang berkenaan.

“Walaupun pemain Kedah turut berlatih padang rumput tiruan selama tiga atau empat hari seminggu tetapi lawan kita memiliki kelebihan beraksi di hadapan peminatnya.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain Kedah ketika ini, Kita akan mampu membawa pulang tiga mata. tetapi kita perlu ingat bahawa Felda pasti mahu bangkit daripada kekalahan lalu.

“Empat pemain import kita iaitu Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Ken Illso Larsen dan Zachary Anderson antara kekuatan yang ada untuk kita dapatkan tiga mata darip[ada perlawanan ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");