Isu Panas

Kedudukan DAP Tergugat Menjelang PRU

KEDUDUKAN DAP kini tergugat pada PRU akan datang apabila empat wakil rakyat parti itu dari Melaka yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Krisis dalaman DAP itu dilihat bukan sahaja menyebabkan perpecahan dalam parti, malah turut menghilangkan kepercayaan pengundi Cina, sekali gus menutup peluang calon-calon parti itu untuk mencapai kemenangan.

Demikian pandangan diberikan penganalisis politik, Dr Phoon Wing Keong kepada Sin Chew Jit Poh, ketika mengulas isu empat pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him meninggalkan parti tersebut. Tiga lagi yang turut keluar parti ialah Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

Menurut Wing Keong, sebelum isu itu tercetus, sudah terdapat ura-ura mengatakan jumlah pengundi Cina yang akan keluar mengundi pada PRU14 akan berkurangan sebanyak 10 hingga 20 peratus berbanding PRU lalu.

“Isu empat wakil rakyat DAP keluar parti ini perlu dipandang serius kerana ia mungkin akan menyebabkan ramai pengundi rasa kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan yang bertelagah serta berpuak-puak,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat wakil rakyat itu sebenarnya tidak puas hati terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerana dipercayai campur tangan dalam pemilihan parti di Melaka tidak lama dulu.

“Kehilangan mereka memberikan kesan amat besar terhadap parti, terutama di Melaka kerana mereka mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat. Saya percaya DAP menghadapi ujian besar untuk mempertahankan keempat-empat kerusi Dun ini pada PRU14,” katanya.

Wing Keong berkata, selain krisis dalaman DAP, perpecahan antara parti pembangkang dan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara faktor yang memungkinkan DAP dan parti-parti pembangkang lain menghadapi laluan sukar pada PRU14

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");