Berita Hari Ini

Kehadiran Stafoc Di Rumah Mayat HKL Bukan Sebab Han Sol

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman menafikan kehadiran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) diarahkan bertugas semalaman di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kehadiran Kim Han-sol, iaitu anak kepada Kim Jong Nam yang dijangka tiba bagi membuat pengecaman terhadap mayat bapanya di rumah mayat.

Jelasnya berkata, kehadiran Stafoc adalah berikutan kes Kim Jong-nam yang berprofil tinggi.

“Tiada kaitan. Kita mengambil perhatian kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi.

“Sebab itu kita mengarahkan Stafoc untuk mengawal keselamatan, itu saja,” katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin mengenai tahap keselamatan dipertingkatkan di rumah mayat disebabkan ketibaan Han-sol.

Timbul khabar angin mengenai ketibaan Han-sol tiba di Malaysia pada Isnin malam.

Bagaimanapun, kelibat anak lelaki Jong-nam gagal dihidu pemberita di lapangan terbang.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada dia sudah berada dia sudah berada di negara ini mahupun dalam perjalanan ke sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");