Sukan Hari Ini

Kejayaan benam Selangor suntik semangat Red Ants

KAPTEN PKNS FC, Gonzalo Soto menyifatkan kejayaan membenam Selangor kelmarin tonik berharga kepada pemain The Red Ants selepas tewas dua perlawanan liga berturut-turut sebelum ini.

Menurutnya, semangat pemain Red Ants di padang cukup berbeza berbanding ketika tumpas kepada Felda United dan Kelantan pada perlawanan pertama dan kedua selain kesemua pemain semakin serasi.

“Kami memang mencari kemenangan dan lega apabila memperoleh tiga mata penuh menentang Selangor.

“Semua pemain menunjukkan respon yang baik bangkit daripada kekalahan awal,” katanya.

Soto juga memuji rakan sepasukannya yang tidak mudah panik apabila ketinggalan seawal minit pertama sebaliknya cukup tenang melakukan kebangkitan.

“Ini sebenarnya yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan dan jangan mudah panik apabila ketinggalan.

“Saya percaya jika kami mampu terus memberikan persembahan sebegini, kami mampu pergi jauh dalam saingan musim ini,” katanya.

Aksi penuh tegang kelmarin menyaksikan Red Ants membenam The Red Giants 5-3 hasil jaringan Patrick Ronaldiho Wleh (m-20, m-43, m-58), Safee Sali (m-24) dan Matias Hadwa (m-46).

Gol pelawat dijaringkan Syahmi Safari (m-1) dan Francis Forkey Doe (m-28, m-55).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");