Bila sambut harijadi pastinya tidak lengkap jika tiada kek betul tak?
Bagi pelakon dan pengacara, Neelofa pastinya sambutan hari jadinya yang ke-28 kali ini menjadi antara kenangan manis tidak dapat dilupakan.
Bertuah Lofa kerana tahun ini dia awal-awal lagi telah menerima hadiah sebuah kek yang bernilai RM22,000 dari sebuah syarikat batu permata Swarovski.
Ketika majlis pelancaran hijab Lady Lofa by Naelofar Hijab yang diadakan di Publika, Lofa telah dikejutkan dengan sambutan hari jadinya yang ke-28.
Kek yang berkilau dengan taburan beribu kristal yang menghiasi kek berkenaan pastinya memukau sesiapa sahaja melihatnya.
Tak hairanlah harganya mencecah RM22,000.
Komen & Pendapat