Isu Panas

Keluar Parti, DAP Ketahui Melalui Media

MELAKA: Tiga anggota Adun dan seorang anggota Parlimen daripada DAP telah mengambil keputusan untuk keluar parti hari ini.

Memetik sumber Sinar Harian, Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew berkata perletakkan jawatan itu hanya diketahui DAP Melaka menerusi media dan pihaknya masih tidak mendapat sebarang pengumuman rasmi berkenaan perkara itu.

Difahamkan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP pusat Liew Chin Tong berkata perletakkan jawatan itu mungkin disebabkan tidak puas hati kerana kekalahan mereka pada pemilihan parti itu di negeri ini pada Disember 2015.

Mereka yang bertindak keluar parti ialah tiga Adun iaitu Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang), Goh Leong San (Duyong); dan seorang anggota Parlimen Sim Tong Him (Kota Melaka).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");