Sukan Hari Ini

Kemenangan sulung motivasi Melaka United

Melaka: Kemenangan tipis Melaka United 1-0 mengatasi Sarawak pada aksi Liga Super di Kuching kelmarin diharap mampu menjadi pemangkin kepada sentuhan lebih positif buat skuad bimbingan Eric Williams musim ini.

Memetik sumber Harian Metro,Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Idris Haron berkata, kemenangan sulung dalam Liga Super itu mampu menjadi penyuntik semangat buat pemain memperaga aksi lebih memberangsangkan sepanjang saingan liga.

Jelasnya, selepas dua kekalahan dan seri sekali sebelum ini, kejayaan mengutip mata maksimum berdepan Bujang Senang perlu menjadi pembakar semangat untuk memperaga persembahan lebih baik.

“Malah, ia boleh menjadi suntikan motivasi kepada mereka ketika berdepan Pahang pada saingan pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan finalis musim lalu, PKNS di pusingan kedua.

“Saya lihat ada peningkatan baik buat skuad ini dan ia mampu memberi gambaran lebih meyakinkan untuk mereka menyerlah walaupun dilabel pendatang baru Liga Super,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");