Perak Hari Ini

Kenal Pasti Awal Calon PRU14

IPOH:UMNO Perak memberi menumpukan awal kepada penilaian dan pemerhatian terhadap calon-calon sedia ada dan baharu yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir fokus awal bagi menghadapi pilihan raya telah dimulakan sejak tamatnya pilihanraya ke-13 iaitu melibatkan gerak kerja di peringkat kerajaan dan parti sendiri.

“Kita sedang bergerak ke satu tahap malah di tahap terakhir ini persiapan perlu dipergiatkan dari segi persiapan jentera dan semangat solidariti dikalangan parti komponen perlu dibuat,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya lagi, pada peringkat ini proses mengenal pasti calon-calon telah dimulakan melibatkan dua bahagian iaitu pertama dari segi prestasi wakil rakyat sedia ada kedua menilai potensi calon baru untuk diketengahkan.

Bagaimanapun jelasnya masih terlalu awal untuk diumumkan calon yang layak dan penilaian sama ada wakil rakyat sedia ada itu perlu dikekalkan atau sebaliknya yang melibatkan kesemua parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kita juga membuat pemerhatian perubahan kerusi merupakan keanjalan yang ada dalam BN dengan membawa kepada perbincangan secara baik bagi mendapatkan keputusan demi parti.

“Namun nama-nama calon belum lagi secara muktamad tetapi perbincangan secara tidak langsung telah dijalankan,” katanya ringkas.

Tambah Zambry, kriteria calon melibatkan penilaian yang menyeluruh juga berkait rapat dengan proses peremajaan parti selain tidak dilupakan calon akar umbi yang disenangi oleh rakyat.

Mengulas mengenai pencapaian janji manifesto BN selama ini, tegas Zambry secara keseluruhan kesemua perkara yang dibawa menerusi manifesto telah dilaksanakan bagaimanapun masih terdapat proses yang masih berterusan.

“Manifesto yang dilakukan hendaklah diteruskan dan ia juga melibatkan program jangka panjang akan tetap diteruskan,” katanya.

Katanya lagi, BN memberi penumpuan menyeluruh kepada semua 59 kawasan selain berusaha mengekalkan kemenangan parti itu di 31 kawasan pada pru-13 yang lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");