Panasnya Hari Ini

Kenapa Najib Tidak ‘Gantung Tugasnya’ Sebagai PM, Menteri Kewangan?

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menggantung tugasnya dengan mengambil cuti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bagi mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa yang didakwa dilakukannya yang boleh mengganggu siasatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun tiada peruntukan undang-undang untuk menggantung tugas perdana menteri, Najib boleh melakukannya dengan rela hati.

“Oleh kerana Najib masih berdiri sebagai perdana menteri semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB, maka berlaku ‘kacau bilau’ dalam SPRM semasa diserbu PDRM sehingga berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) walaupun kemudiannya dibatalkan yang membuktikan ada unsur salah guna kuasa orang yang berkepentingan, iaitu Najib.

“Apa tidaknya, dalam kes memecat Timbalan Perdana Menteri pada 2016, Najib menggunakan kuasanya sebagai orang yang berkepentingan dalam kes siasatan untuk memecat timbalan perdana menteri dan peguam negara semata-mata bagi mengelak Najib didakwa,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, Mahfuz turut memuji keberanian dan ketegasan pengurusan MARA yang bermesyuarat khas yang mengambil keputusan menggantung jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB).

Ujarnya, penggantungan terhadap Annuar diambil kononnya untuk memasti dan mengelak sebarang campur tangan Annuar terhadap pasukan audit dalaman MARA membuat siasatan.

“Tindakan ini bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu, Annuar.

“Langkah sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira siapa yang melakukannya.

“Persoalannya, adakah amalan ini juga membabitkan anggota Kabinet dari perdana Menteri hingga ke peringkat Timbalan Menteri dan juga diperingkat kerajaan negeri,”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");