Isu Panas

Keputusan Majlis Syura Ulamak sudah termaktub

KUALA LUMPUR:Pendirian Pas untuk tidak menyertai Pakatan Harapan dan Bersatu sememangnya telah termaktub dalam keputusan Majlis Syura Ulamak.

Memetik sumber Sinar Harian, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah adalah merujuk kepada keputusan tersebut.

“Kedudukan kerjasama Pas dengan parti-parti lain telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak pada persidangan yang lalu.

“Kita telah memutuskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah dan itulah keputusan rasmi yang telah dikeluarkan. Jadi, kami tidak perlu diberi masa sebulan atau tempoh tertentu kerana keputusan telah dikeluarkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Pas masih membuka ruang buat Bersatu untuk menyertai parti Islam itu menerusi Blok Ketiga.

“Sememangnya kita membuka ruang kepada Bersatu untuk berbincang mengenai kerjasama dan seumpamanya tapi dengan syarat tidak membabitkan DAP dan Amanah.

“Jika Bersatu mahu bersama (blok ketiga), kita tidak ada masalah dan dialu-alukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");