Berita Hari Ini

Kerajaan Akan Kaji Semula Caj Rawatan Kanser

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula berkaitan kadar caj terhadap pesakit kanser di semua hospital kerajaan yang menawarkan rawatan itu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran, kajian akan mengambil kira beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40), orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Kos dikenakan hospital kerajaan sangat minimum dan menerima subsidi penuh berbanding hospital swasta yang mengenakan caj rawatan antara RM20,000 hingga ratusan ribu ringgit, bergantung kepada jenis rawatan dan tahap penyakit.

“Ada pesakit yang dirujuk dari hospital swasta yang mana mereka mampu dan sanggup membayar tetapi hospital kerajaan tidak mempunyai struktur yuran untuk rawatan ini,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Fun Walk Institut Kanser Negara (IKN) 2017 di sini, hari ini. Kira-kira 1,300 orang menyertai acara diadakan sempena Hari Kanser Sedunia itu.

Tambahnya, yuran yang mungkin dikenakan tidak membebankan dan berada dalam lingkungan 20 peratus daripada kos sebenar rawatan kanser.

“Pada masa sama, pesakit kurang berkemampuan iaitu B40, OKU dan warga emas boleh merujuk kepada pegawai kebajikan kementerian di setiap hospital bagi mendapatkan pengecualian pembayaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");