Berita Hari Ini

Kerajaan Kaji Undang-Undang Khas Perlakuan Anti-Sosial

JOHOR BAHRU : Kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang khas bagi tindakan berkaitan perlakuan anti sosial.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada masa kini tiada undang-undang khusus yang boleh diambil polis bagi salah laku berkaitan sosial.

“Sebagai contoh, kita nak dengan adanya undang-undang itu kelak, mereka yang bawah umur tetapi masih berada di luar pada waktu tertentu di waktu malam, polis menahan mereka.

“Ini kerana buat masa ini, polis tidak mempunyai kuasa tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Memperkasa Veteran Umno Johor di Dewan Kenangan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");