Jenayah

Kereta Mewah Dipandu Doktor Rempuh Tiang

Genting Highlands: Sebuah kereta mewah yang dipandu seorang doktor pakar bius hilang kawalan sebelum merempuh tiang tanda jalan ketika menyertai konvoi menuju Genting Highlands di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun memandu kereta model Lotus berkonvoi bersama lebih 15 kereta mewah lain sebelum terbabas di laluan berbukit menuju taman tema itu.

Anggota Unit Bantuan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Shukor Hashim berkata, dia menerima panggilan kecemasan jam 8.33 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai memandu dari arah Kuala Lumpur melalui Jalan Sungai Tua Hulu Yam sebelum meneruskan perjalanan dari Batang kali ke Genting Highlands.

“Pelbagai kenderaan mewah menyertai konvoi itu seperti Ferrari, Lamborghini, Lotus dan Porsche.

“Kejadian itu mengakibatkan laluan trafik tersekat menuju ke puncak Genting Highlands,” katanya.

Shukor berkata, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian kanan hadapan namun mangsa tidak cedera. terbabas sebelum merempuh tiang tanda jalan ketika menyertai konvoi menuju Genting Highlands di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun memandu kereta model Lotus berkonvoi bersama lebih 15 kereta mewah lain sebelum terbabas di laluan berbukit menuju taman tema itu.

Anggota Unit Bantuan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Shukor Hashim berkata, dia menerima panggilan kecemasan jam 8.33 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai memandu dari arah Kuala Lumpur melalui Jalan Sungai Tua Hulu Yam sebelum meneruskan perjalanan dari Batang kali ke Genting Highlands.

“Pelbagai kenderaan mewah menyertai konvoi itu seperti Ferrari, Lamborghini, Lotus dan Porsche.

“Kejadian itu mengakibatkan laluan trafik tersekat menuju ke puncak Genting Highlands,” katanya, lapor Harian Metro.

Shukor berkata, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian kanan hadapan namun mangsa tidak cedera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");