Jenayah

Kes Jong-nam: Dua Suspek Wanita Tahu Mengenai Cecair Beracun – Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua suspek wanita yang menyerang Kim Jong-nam mengetahui kain yang ditekap pada muka mangsa itu mengandungi cecair beracun.

“Ya sudah tentu mereka mengetahui mengenai cecair tersebut. Anda dapat lihat dalam video (lapangan terbang) mereka terus ke tandas untuk mencuci tangan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, Rabu.

Malah tambahnya berdasarkan siasatan polis, kedua-dua wanita itu turut dilihat berlatih melakukan adegan tersebut di pusat membeli belah KLCC dan Pavillion sebelum bertindak menyerang mangsa.

“Jadi kita percaya ia satu jenayah yang sudah dirancang dan kedua-dua suspek ini dilatih untuk melakukan serangan tersebut,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa kedua-dua suspek terlibat dalam penggambaran filem.

“Ia bukan penggambaran filem. Mereka sudah tahu apa yang mereka buat,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");