Isu Panas

Kes Jong-nam: Jangan cetus situasi tegang

SHAH ALAM:Pemuda Pas menasihati semua pihak supaya bertenang dan elakkan mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, yang mati di Kuala Lumpur pada 13 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, semua pihak tidak harus mencetuskan polemik yang tidak pasti, sebaliknya ruang perlu diberi kepada semua pihak untuk mencari penyelesaian yang tuntas tanpa mewujudkan spekulasi yang negatif.

“Kejadian ini mencetuskan pelbagai polemik di dalam dan luar negara untuk menyingkap kejadian sebenar terhadap kematian tersebut.

“Pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan bagi tujuan tersebut,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau turut mengingatkan bahawa isu tersebut boleh memerangkap seluruh negara dalam kancah politik antarabangsa.

“Kita percaya emosi boleh menjadi asas ketegangan hubungan Malaysia dan Korea Utara. Pas kekal tidak mahu campur tangan asing terhadap keharmonian Malaysia.

“Hubungan baik Malaysia dan Korea Utara tidak dapat dinafikan. Malaysia satu-satunya warganegara yang tidak memerlukan visa untuk ke Korea Utara, bahkan menjadi satu dari pusat perundingan negara itu dengan negara kuasa besar seperti Amerika dan China,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");